bayi yang mengalami masalah menangis tiada semestinya berlaku akibat
kehendak- kehendak tabiinya tidak dipenuhi. Lebih memelikkan lagi, bayi
atau kanak-kanak tadi menangis pada waktu-waktu tertentu seperti selepas
tengah malam sehingga berjam-jam. Pada waktu-waktu lain, anak tadi
tidur dengan nyenyak dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia terganggu
apabila diperiksa doktor.
Latar belakang demikian membuktikan bahawa roh bayi tadi mungkin
terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar,
ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu, bayi
tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang
ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di
hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat
dilihat itu boleh menganggu bayi menyebabkannya tidak berhenti-henti
menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar
suara tangisannya.